PANJI ISLAM

Khilafah

Isnin, 24 Mei 2010

Hukum hudud dalam islam

sumber dr blog ilmuan~~~~http://resepirahsiaku.blogspot.com/


Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam AlQuran dan Hadith kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin, dan lain hukuman yang terdapat dalam AlQuran.


Hukum Takzir ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH. ALLAH hanya memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menetapkannya. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Contoh-contoh hukum takzir ialah diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya, dipenjarakan, dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum, didenda duit atau disuruh buat kerja berat, dan banyak lagi.Manakala hukuman qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pemberian maaf oleh pihak yang dizalimi boleh diterima mahkamah dalam perkara ini.


Demikianlah erti hukum jenayah Islam itu, bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum takzir atau terus dibuang kes.Kita telah mengetahui akan pengertian hukum2 jenayah dalam Islam tersebut yang wajib kita imani.Boleh dilihat terdapat dua keadaan masyarakat yang boleh dan tak boleh menerima pakai hudud ini. Iaitu pada ketika masyarakat telah baik, atau dalam masyarakat yang jahat. Sudah pasti apabila hudud dilaksanakan pada dua situasi masyarakat tersebut, akan menghasilkan natijah yang berbeza.


Masyarakat yang baik (majoriti masyarakat iman berada pada tahap tinggi) sudah pasti memiliki akhlak yang baik dan faham akan hakikat ujian yang didatangkan oleh Allah SWT.

Hukum Hudud yang dilaksanakan pada masyarakat yang seperti ini mendatangkan suasana yang harmoni, aman damai dalam masyarakat.Sedang masyarakat yang jahat (majoriti beriman taqlid/ilmu) memilikki pekerti yang kasar, bengis, pendendam, tidak sabar, tidak redha dan hidup dalam resah gelisah dan gundah gelana sepanjang masa.


Ringkasnya, masa yang sesuai dilaksanakan hudud, ialah pada ketika 'geraf iman' keseluruhan masyarakat berada pada tahap tinggi. Selepas segala benih2 kebaikan telah disemai, dan semua punca2 kejahatan telah dihapuskan.Dan, kita faham... baik atau jahat sesebuah masyarakat itu bergantung kepada usaha ‘Dakwah dan Tarbiah’ yang dijalankan dalam masyarakat secara giat, berterusan dan istiqamah.Mengapa pula Rasulullah SAW tidak mulakan perintah “jangan kamu berzina” dan “jangan kamu minum arak”,


Mengapa ayat tentang perintah sembahyang pun turun sesudah sebelas tahun kenabian?

Semuanya kerana iman belum masuk ke dalam benak dan sanubari kalbu mereka. (Belum baik lagi la.. tuu!)Mereka belum beriman dan belum taat kepada ALLAH. Cinta dulu baru datang taat. Tanpa cinta orang tidak akan taat sekalipun pada kedua ibu bapanya. Mereka umat jahiliah yang masih sedap dengan amalan zina dan meminum arak jika terus ditegah nescaya mereka akan menolak seruan Islam itu!.


Berkata Hukama’, "Mencegah lebih baik dari mengubat".Mencegah sebelum kena, mengubat selepas kena.Mencegah dengan pendidikan, mengubat dengan Akta, Penjara, Hudud, dll.Kita belum didik mereka lagi, belum beri faham dengan iman dan Islam... dah nak potong tangan mereka.Sebab kebanyakan orang yang derhaka kepada ALLAH ini, bukan kerana sengaja, tetapi kerana mereka terbiar!. Tidak diberi faham dan dididik dengan Iman dan Islam, dengan wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan berterusan.Sedang Allah minta kita lakukan 'amar makruf' dulu, kemudian barulah 'nahi mungkar'. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha2 mengajak kepada kebaikan tidak diberi perhatian serius. Kalau dibuat pun cuma untuk lepas tangan. Hasil yang sepatutnya dicapai tidak diambil berat sangat.Saya kira kalau bukan dengan kepentingan politik dan duniawi, kejadian ini tidak berlaku. Sebab orang yang benar2 mencari keredhaan ALLAH tidak akan memilih2 hukum ALLAH.Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh mengusahakan agar orang jadi baik lebih dahulu. Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan.


Mengapa Talak Perceraian beransur2 setakat 3 kali?Macamlah seorang yang berhadapan dengan isteri yang derhaka, menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala usaha2 damai tidak berkesan. Alangkah kejamnya seseorang yang menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya. Dan lebih2 lagi kejam jika seorang lelaki yang belum pun kahwin atau baru saja kahwin sudah berfikir bagaimana hendak ceraikan isteri kalau si isterinya itu jahat.Hal ini samalah halnya dengan orang yang baru saja dapat negara atau belum pun dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan rakyatnya. Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat.


Mengapa perlu ada tertib perlaksanaan – Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Sunat Ain, Sunat Kifayah, dll.Mengapa pejuang2 Islam hari ini ghairah sangat hendak tegakkan Hukum Hudud, sebelum hukum2 fardhu ain dan fardhu kifayah yang lain, yang lebih utama, belum dapat dipraktikkan sungguh2 oleh masyarakat. Lebih2 lagilah sepatutnya kebaikan2 itu mesti ditegakkan dulu dalam jemaah Islam.Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang mempunyai akal." (Al Baqarah: 179)Ukuran kadar hukuman yang ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadinya perkara itu ialah begini:


Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yang telah dijatuhkan hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong. Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dimusnahkan.Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yang menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukuman yang berat itu kepada pesalah.Kerana orang yang bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH.


Walaupun mereka juga telah disusahkan oleh pesalah, yang mana patut pesalah juga disusahkan, tetapi si mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dengan pembicaraan dan mendengar hukuman yang berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yang mendakwa sudah dapat menerima bahawa taqdir yang berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka.


Tentu hikmah ALLAH cukup banyak dengan menimpakan kemalangan itu pada mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat besar di sisi ALLAH. Dengan itu akhirnya, seperti yang selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang mendakwa.


Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman takzir yang agak ringan.Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh orang-orang yang dia telah bersalah, jiwanya yang mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yang mendalam!.Kalau tadi, dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan. "Aku telah menzalim orang-orang yang cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini."


Demikian lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya di saat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yang sudah pasti. Itulah kehidupan yang ALLAH maksudkan.

Kata-kata inilah yang dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu.

Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kepada hamba-Nya yang bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, si hamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa.

Inilah rawatan psikologi yang diberikan oleh Allah SWT sebagai langkah penyelesaian paling akhir yang patut diberikan kepada seseorang penjahat setelah segala cara2 lain tidak lagi boleh mendidiknya.


Dan perkara ini hanya berlaku dalam masyarakat yang telah terbina iman dan takwa mereka, bukan kepada masyarakat yang rosak akhlak dan bersikap kebendaan.

Sementelahan pula hari ini, mana ada hati yang rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yang sangat ALLAH anjurkan itu.


Sedangkan hukum hudud yang ALLAH turunkan itu ialah kepada masyarakat yang hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia. Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yang sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari itu pula pesalah turut diselamatkan dari terus jadi jahat. Itulah maksud hudud yang sebenarnya.


Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yang begitu besar di sebalik kesusahan yang ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya, "Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan." (An-Nasyarah : 5-6)Demikianlah nukilan Abuya dalam bukunya ‘Falsafah Hudud Dalam Islam”Babak sedih di atas, tak usah mimpilah berlaku dalam masyarakat yang rosak iman dan akhlak.Saya suka mengambil satu lagi contoh hudud dari sejarah Islam, supaya kita boleh sama2 berfikir samada kebaikan atau natijah yang sama boleh berlaku dalam masyarakat kita, zaman jahiliah kedua ini!Iaitu kisah seorang musafir yang dihukum mati disebabkan kesalahan membunuh, berpunca dari kematian seekor unta.

Kisah ini berlaku pada zaman pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab.


Ada seorang lelaki bernama Hassan dalam perjalanan musafir telah singgah berehat di bawah sepohon pokok di sebuah kampung. Semasa Hassan tertidur, unta tunggangannya telah merayau-rayau ke kebun tanaman penduduk di desa tersebut. Tuan punya kebun telah membaling unta hingga mati unta itu. Apabila Hassan terjaga dan didapati untanya sudah mati, maka dalam keadaan yang masih tidak normal (kerana baru bangun tidur), ia terus membunuh lelaki yang membunuh untanya itu.Hassan menyerah diri dan ia dibawa ke mahkamah yang tuan hakimnya ialah Sayidina Umar sendiri. Hassan dikenakan hukuman bunuh.


Hassan menerima keputusan itu, cuma beliau membuat rayuan agar ia dibenarkan pulang ke kampungnya untuk selesaikan urusan hutang dan memberitahu ibu bapanya yang sudah tua serta anak isterinya. Sayidina Umar tidak boleh membenarkan kecuali ada orang yang bersedia menjadi penggantinya sekiranya Hassan tidak datang lagi untuk dihukum.Kerana simpati dengan Hassan, ada seorang Sahabat yang merelakan dirinya untuk menjadi pengganti Hassan.Maka pulanglah Hassan ke kampungnya untuk mengucap selamat tinggal pada keluarganya. Selesai bertemu dengan mereka, bersegeralah beliau berangkat untuk menerima hukuman bunuh. Oleh kerana perjalanan jauh, tali ras kudanya putus. Hassan hampir terlewat sampai pada tarikh yang dijanjikan.


Sayidina Umar telah bersedia untuk menghukum Sahabat yang menggantikannya tadi. Tetapi sebelum kejadian itu berlaku, Hassan tiba-tiba muncul.Suasana sungguh mengharukan. Terharu dengan kejujuran Hassan, keluarga orang yang kena bunuh telah berlembut hati, lalu memaafkan kesalahan Hassan.Maka tuan hakim menerima pemberian maaf dan membebaskan Hassan dari hukumannya. Hassan tidak jadi dibunuh.


Demikianlah satu kisah mahkamah yang pernah berlaku di zaman salafussoleh, untuk kita melihat kedudukan dan fungsi hudud yang sebenarnya.


Pertama, kita lihat bahawa perlakuan jenayah itu bukanlah satu perbuatan yang sengaja dengan niat dan perancangan jahat oleh orang yang memang jahat.Kes jenayah yang terjadi itu adalah kes yang tidak sengaja, kes terlajak atau perbuatan yang tidak dapat dikontrol nafsunya hingga timbul kisah yang sungguh-sungguh mengharukan. Tetapi demi keadilan, pesalah mesti dibicarakan.

Tuan hakim begitu bertaqwa, adil dan tegas. Bukannya tuan hakim tidak simpati dengan pesalah yang tidak sengaja itu, tetapi dia mesti mendapatkan seorang tebusan untuk menggantikan si pesalah sekiranya pesalah itu melarikan diri dari hukuman. Dan bila didapati pesalah tidak hadir tepat pada masa yang dijanjikan, tuan hakim dengan tegas mahu menunaikan janjinya kepada Sahabat yang menjadi tebusan itu.


Begitu baiknya hati Sahabat berkenaan, bersedia untuk mati demi seorang saudara se-Islam yang lain.Alangkah jujurnya Hassan terhadap keputusan mahkamah. Ia boleh lari dari hukuman kalau ia mahu.Dan betapa lembutnya hati keluarga si kena bunuh untuk memaafkan pesalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

globe